Silsilah Ilmiyyah 01 | Belajar Tauhid
Ustaz Abdullah Roy
Isnin | 17-Jul-2017 | 23 Syawal 1438H
Halaqah 01 | Mengapa Kita Wajib Belajar Tauhid
Belajar tauhid merupakan kewajipan setiap Muslim, baik lelaki mahupun wanita kerana Allah s.w.t. menciptakan manusia dan jin adalah hanya untuk bertauhid (mengesakan ibadah kepada Allah).
Allah s.w.t. berfirman,
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu.” [Adh-Dhariyat: 56]
Oleh kerana itu, Allah s.w.t. mengutus para rasul kepada setiap umat. Tujuannya adalah untuk mengajak mereka kepada tauhid.
Allah s.w.t. berfirman,
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
“Dan sesungguhnya telah Kami utus kepada setiap umat seorang rasul yang berkata kepada kaumnya, sembahlah Allah dan jauhi toghut.” [An-Nahl: 36]
Makna “at-toghut” adalah segala sesembahan selain Allah s.w.t.
Oleh kerana itu, seorang Muslim yang tidak memahami tauhid (yang merupakan inti ajaran Islam) maka sebenarnya dia tidak memahami agamanya, meskipun telah mengaku mempelajari ilmu-ilmu yang banyak.