Silsilah Ilmiyyah 01 | Belajar Tauhid Ustaz Abdullah Roy Isnin | 17-Jul-2017 | 23 Syawal 1438H Halaqah 01 | Mengapa Kita Wajib Belajar Tauhid Belajar tauhid merupakan kewajipan setiap Muslim, baik lelaki mahupun wanita kerana Allah s.w.t. menciptakan manusia dan jin adalah hanya untuk bertauhid (mengesakan ibadah kepada Allah). Allah s.w.t. berfirman, وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu.” [Adh-Dhariyat: 56] Oleh kerana itu, Allah s.w.t. mengutus para rasul kepada setiap umat. Tujuannya adalah untuk mengajak mereka kepada tauhid. Allah s.w.t. berfirman, وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ “Dan sesungguhnya telah Kami utus kepada setiap umat seorang rasul yang berkata kepada kaumnya, sembahlah Allah dan jauhi toghut.” [An-Nahl: 36] Makna “at-toghut” adalah segala sesembahan selain Allah s.w.t. ...