OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI KULIAH DAKWAH & USULUDDIN UNI. ISLAM MADINAH MAKNA KALIMAH SYAHADAH: Kalimah Syahadah iaitu ucapan: لا إلــــــه إلا الله محمد رسول الله Ucapan ini membawa maksud: “Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali ALLAH, Muhammad itu Pesuruh ALLAH”. Makna Ilah dalam bahasa Arab adalah yang disembah dan ditaati, kata Fairuz Abadi dalam Qamus: ألَهَ إِلاهَةً وأُلُوهَةً وأُلُوهِيَّةً: عَبَدَ عِبادَةً، ومنه لَفْظُ الجلالِة، واخْتُلِفَ فيه على عِشْرِينَ قَوْلاً ذَكَرْتُها في المباسِيطِ، وأصَحُّها أنه عَلَمٌ غيرُ مُشْتَقٍّ، وأصْلُه إِلهُ، كفِعالٍ، بمعنى مَأْلُوهٍ. وكلُّ ما اتُّخِذَ مَعْبُوداً إِلهٌ عند مُتَّخِذِهِ، بَيِّنُ الإِلاَهَةِ والأُلْهانِيَّةِ، بالضم Jelas dripada penjelasan Fairuz Abadi ini kalimah Ilah bermakna Ma’luh yakni Ma’bud (yang disembah) dan setiap yang disembah adalah Ilah pada sisi orang yang menyembahnya. Dalam Mu’jam al-Wasit terbitan Majma’ al-Lughah al-‘Arabiah dinyatakan: (الْإِلَه) كل مَا اتخذ معبودا (ج) آلِهَة Ma...